Rel ringan
Rel ringan

Rel ringan

Transit kereta api ringan (LRT) adalah sebuah jenis transit rel bandar dengan ciri-ciri gabungan trem dan metro. Walaupun gerabak kereta apinya hampir serupa dengan trem tradisional, rel ringan beroperasi pada kapasiti dan kelajuan yang lebih tinggi, dan seringkali di hak lalu ekslusif.Rel ringan tidak mempunyai definisi standard, tetapi di Amerika Syarikat (di mana terminologi ini dicipta pada tahun 1970-an dari istilah kejuruteraan keretapi ringan), rel ringan beroperasi terutamanya melalui hak lalu eksklusif dan menggunakan sama ada kereta api satu gerabak atau berbilang unit yang digabungkan untuk membentuk sebuah kereta api yang mempunyai kapasiti dan kelajuan yang lebih rendah daripada kereta api penumpang berat atau sistem metro.[1][2][3][4][5]Beberapa rangkaian rel ringan selalunya mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan transit aliran ataupun keretapi komuter; sesetengah sistem transit aliran yang lebih berat dipanggil metro ringan. Rangkaian rel ringan lain adalah seperti tram dan beroperasi sebahagiannya di jalan raya. Sistem rel ringan didapati di seluruh dunia. Rel ringan menjadi sangat popular sejak kebelakangan ini kerana kos modal yang lebih rendah dan kebolehpercayaan yang meningkat berbanding dengan sistem rel berat.